If I ever could, I'd like to change it to a girl version so that I could sing it to YOU :)
Wednesday, February 08, 2012
If You LIKE me, then say you LIKE me :D
If I ever could, I'd like to change it to a girl version so that I could sing it to YOU :)
doodled screemo by~
beckpanda
tick tock during
2/08/2012 10:19:00 AM
0
click here for comment posting and comment viewing
Saturday, February 04, 2012
Melodrama
Orang cakap band yang nyanyi lagu ni legend, penyanyi dia sampai sekarang legend lagi kot.
doodled screemo by~
beckpanda
tick tock during
2/04/2012 05:17:00 PM
1 click here for comment posting and comment viewing
Cuti
Bermula akhir Januari hingga awal Februari boleh dikatakan sebagai bonus untuk aku, untung tinggal dalam negara yang berbilang kaum tambahan pula negara yang mendokong konsep 1Malaysia bagi golongan buruh seperti aku cuti merupakan satu rahmat. Selesai sahaja cuti sambutan Tahun Baru Cina menyusul pula cuti Hari Wilayah dan akan datang minggu ini cuti hari Thaipusam di susuli dengan cuti Nuzul Quran. Kalau ikut perancangan, balik kampung memang tiada dalam senarai dan bagi mengisi cuti ini dengan aktiviti berfaedah aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah, berehat di rumah bukan bermakna aku malas atau untuk jimat belanja ini ialah demi mengumpul kembali tenaga yang hilang bagi meningkatkan produktiviti apabila kembali bekerja semula.
Bagi yang sudah berkeluarga cuti merupakan waktu sesuai untuk bersama ahli keluarga kerana kebanyakan mereka yang memburuh di Kuala Lumpur sentiasa berhadapan dengan kekangan masa, aku maksudkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nasihat aku bagi mereka yang belum dan akan berkeluarga waktu cuti inilah peluang kamu merancang untuk berkeluarga sekiranya ada dan bagi mereka yang belum ada idea untuk berkeluarga waktu cuti ini boleh digunakan untuk mencari. Cuti bukan bermakna kita cuti dari melakukan semua benda, gunakan masa yang ada untuk membuat sesuatu yang kalau tidak banyak pun sedikit berfaedah. Kita seharusnya bertuah tinggal dalam negara yang berbilang kaum dan agama, pelbagai cuti dan hari kelepasan dapat diraikan, apa akan terjadi sekiranya kita tinggal di negara atheis, agak-agak berapa hari cuti umum dalam setahun?
Selamat balik kampung beck, jangan lupa untuk kembali dengan selamat.
doodled screemo by~
beckpanda
tick tock during
2/04/2012 03:33:00 AM
0
click here for comment posting and comment viewing
keppish~!
bebelan
Subscribe to:
Posts (Atom)