Wednesday, February 08, 2012

If You LIKE me, then say you LIKE me :D



If I ever could, I'd like to change it to a girl version so that I could sing it to YOU :)

Saturday, February 04, 2012

Melodrama


Orang cakap band yang nyanyi lagu ni legend, penyanyi dia sampai sekarang legend lagi kot.

Cuti

Bermula akhir Januari hingga awal Februari boleh dikatakan sebagai bonus untuk aku, untung tinggal dalam negara yang berbilang kaum tambahan pula negara yang mendokong konsep 1Malaysia bagi golongan buruh seperti aku cuti merupakan satu rahmat. Selesai sahaja cuti sambutan Tahun Baru Cina menyusul pula cuti Hari Wilayah dan akan datang minggu ini cuti hari Thaipusam di susuli dengan cuti Nuzul Quran. Kalau ikut perancangan, balik kampung memang tiada dalam senarai dan bagi mengisi cuti ini dengan aktiviti berfaedah aku mengambil keputusan untuk berehat di rumah, berehat di rumah bukan bermakna aku malas atau untuk jimat belanja ini ialah demi mengumpul kembali tenaga yang hilang bagi meningkatkan produktiviti apabila kembali bekerja semula. 
Bagi yang sudah berkeluarga cuti merupakan waktu sesuai untuk bersama ahli keluarga kerana kebanyakan mereka yang memburuh di Kuala Lumpur sentiasa berhadapan dengan kekangan masa, aku maksudkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nasihat aku bagi mereka yang belum dan akan berkeluarga waktu cuti inilah peluang kamu merancang untuk berkeluarga sekiranya ada dan bagi mereka yang belum ada idea untuk berkeluarga waktu cuti ini boleh digunakan untuk mencari. Cuti bukan bermakna kita cuti dari melakukan semua benda, gunakan masa yang ada untuk membuat sesuatu yang kalau tidak banyak pun sedikit berfaedah. Kita seharusnya bertuah tinggal dalam negara yang berbilang kaum dan agama, pelbagai cuti dan hari kelepasan dapat diraikan, apa akan terjadi sekiranya kita tinggal di negara atheis, agak-agak berapa hari cuti umum dalam setahun? 

Selamat balik kampung beck, jangan lupa untuk kembali dengan selamat.

Sunday, January 01, 2012

Last Entry of 2011.

Dear 2011,

you are like among those magnificent years that give me such 365days of exhilarating ride. And yes. I enjoy each and every bit of it. I never felt sorry for what happened and will always remain as the memory that I shall not forget. With the beginning of 2011, in January, I joined Kumon. February, I started to understand how to handle my student with my very own parenting skill that I, myself had never knew. As March approached, I learnt to be better and Skudai' memory won't ever vanish. Being recommended to hold the whole grip of English section was the most honorable role offered. And April, yes. I missed you. Then along came May. I began to plan so many things and I did lots of swimming during June and of course, twas my birthmonth. In July, I started to do things that I wanna do. I followed my heart that brought me to quit Kumon. Few afterwards, I joined GNT and flew to Penang for project handling there. Mid of August, I joined ALCIM till today. And certainly, at the beginning of August, things started to get screwed. Till the whole month of September. October was fun. And during November, twas getting better. Lesson learnt. I realized that 'Yes, this is it'. And I enjoyed my December like nobody's business. And yes. 2011, you were the greatest things and now you're just a memory to let go of. Too hard. But, I'm moving on. Pray for me. So that 2012 will be kind and much more love to spread. It takes all my strength not to dig you up anymore.
Love.

2011 (˘⌣˘)ε˘`)

Happy New Year 2012.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012


     Kalau mengikut perkiraan mudah dalam masa lebih kurang 8 tahun lagi Malaysia akan mencapai status negara maju iaitu tahun 2020, dalam masa yang sama tinggal beberapa jam lagi seluruh dunia akan menyambut tahun 2012 tidak terkecuali Malaysia dan seperti kelaziman sebelum kedatangan tahun baru 2012 kita akan mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Sepanjang 365 hari kita berada di tahun 2011 bermacam-macam peristiwa menarik berlaku dan tidak kurang juga peristiwa melucukan. Tahun 2011 kita dapat menyaksikan kebangkitan pemuda-pemuda seluruh Arab mengadakan demonstrasi atau Arab Spring menentang kerajaan yang dikatakan tidak adil. Kesan dari itu kita dapat lihat banyak negara Arab masih bergolak hingga kini dan pastinya apa yang lebih besar ialah kemampuan rakyat Libya menentang dan menyebabkan kematian Presiden mereka Muammar Gaddafi selepas 4 dekad berkuasa. Jika di negara Arab dan Afrika rakyat berdemo kerana menentang pemimpin yang korup di negara maju pula seperti di US dan Eropah rakyat berdemo kerana menetang kapitalis yang menguasai ekonomi dunia menyebabkan kos hidup rakyat marhaen meningkat di samping ramai yang menjadi penganggur kesan kegawatan ekonomi. Selain itu pada tahun 2011 kita dikejutkan dengan berita pembunuhan beramai-ramai di Norway oleh pelampau agama Kristian yang mana sebelum ini banyak pihak menuding jari kepada pengganas Muslim yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut.
Tahun 2011 memberikan impak besar kepada Asia, keupayaan China muncul sebagai kuasa ekonomi dunia mengatasi Jepun dan hanya sedikit jurang dengan US adalah satu berita menggembirakan. Dalam kegembiraan itu Asia dikejutkan pula dengan kejadian gempa bumi di Jepun yang mengorbankan beribu-ribu nyawa dan apa yang lebih menakutkan ialah kesan gempa bumi tersebut menyebabkan reaktor nuklear di Fukushima mengalami kebocoran, ini berlaku kerana Jepun telah gagal untuk mengaplikasikan Teknologi Hijau dan mengabaikan penjagaan alam sekitar kalau mengikut komen Wanita Pertama. Tidak dilupakan kepada penggemar gajet keluaran syarikat buah-buahan Apple kematian Steve Job CEO merangkap pengasas Apple adalah satu kehilangan besar kepada tamadun dunia.
Malaysia sendiri sepanjang tahun 2011 pelbagai peristiwa penting berlaku dari kes pembunuhan jutawan kosmetik, peristiwa artis kahwin VIP tidak lupa juga isu lembu tinggal di kondo dan peristiwa penangkapan Khir Toyo kerana kepandaian beliau membuat tawar-menawar pembelian tanah.
Intihanya kedatangan tahun 2012 bukanlah bermaksud konsert dan pertunjukkan bunga api percuma, kedatangan tahun 2012 adalah bermaksud cabaran yang lebih besar bakal menjelma bagi aku.

Selamat Tahun Baru..

Sunday, December 25, 2011

Direct selling a.k.a Jualan langsung bukan MLM

Selamat menyambut hari Natal, tahun 2011 yang membawa seribu pengertian kepada mereka-mereka yang suka mengforward  macam-macam tentang hari Natal  ini.
Bukan nak cerita pasal HAI-O atau pasal Lempe Berger dan macam-macam lagi, saja nak cerita tentang strategi jualan langsung dari rumah ke rumah dengan membawa produk yang memang berkualiti tinggi dan susah nak dijumpai kat Tanah Melayu ni termasuk dalam e-bay atau mudah.my. Sedang aku dok melepak kat kedai kopi di kampung tiba-tiba datang seseorang memberi salam dan memberitahu tujuan dia datang adalah untuk menjual keropok. Apabila salah seorang kawan aku mengatakan yang dia baru sahaja membeli keropok sebentar tadi penjual keropok tu mengatakan niat beliau bukanlah mahu menjual keropok sebenarnya tetapi beliau mahu mencari duit untuk membiayai pengajian anak beliau di negara Mesir. Lagak seperti Prof Agus dalam rancangan Hujah penjual tadi memberitahu senario politik di negara Mesir, beliau memberitahu isterinya di rumah begitu bimbang akan situasi anak mereka di negara Mesir tersebut, kawan aku senyum je sambil dengar aku tengok macam simpati pun ada. Dalam hati aku mahu saja aku tanya penjual tu kat universiti mana anak penjual tu belajar nak suruh dia contact orang kat kedutaan senang sikit tahu status anak dia kalau tak pun orang kat kedutaan tu pun sibuk main facebook jugak. Kawan aku tetap juga dengan kenyataan dia tadi, keropok dia sudah beli, penjual tadi mengucapkan terima kasih. Selepas penjual keropok direct selling tu beransur kawan aku cakap semalam 2 orang datang jual keropok dan bagi alasan nak kumpul duit untuk anak mereka kat Mesir jugak. Celaka, jual keropok pun nak kait pasal isu-isu semasa jugak ke? Ingatkan budak-budak yang nak periksa SPM je yang kena alert dengan isu-isu semasa ni.



Perihal Pelajar Afrika dan Nigeria

     Menyingkap kembali sejarah kedatangan besar-besaran orang Afrika kat negara Malaysia ini ia bermula selepas Perdana Menteri Malaysia yang dulu  mengadakan kerjasama dengan negara Afrika. Kerjasama yang dimaksudkan ialah kerjasama dari segi pertukaran teknologi dan juga peluang pelaburan diantara kedua-dua pihak. Kesan dari itu apa yang kita lihat hari ini semakin ramai warga Afrika datang ke sini atas tiket belajar. Tidak salah sekiranya semua warga Afrika yang datang ke negara ini untuk belajar tetapi kesan kebanjiran mereka ini telah mengubah sosio budaya masyarakat tempatan terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan warga Afrika. Umumnya di Afrika sendiri beberapa buah negara Afrika mengadakan saringan yang ketat kemasukan pelancong dari Nigeria, kenapa ini berlaku? Negara Afrika sendiri sebenarnya sedar ancaman yang di bawa oleh warga Nigeria ini, mereka bukan hanya datang ke sesebuah negara semata-mata untuk melancong tetapi ada tujuan lain. Malaysia bukan negara pertama menjadi tumpuan mereka sebelum ini warga Afrika pernah menjadikan Amerika dan juga Amerika Selatan sebagai tempat menjalankan operasi mereka disebabkan kegiatan mereka telah dihidu di sana mereka mengalihkan tumpuan ke negara Asia pula.
Modus operandi golongan ini sangat mudah mencari mana-mana golongan wanita yang kurang kasih sayang dan ahli perniagaan yang mencari jalan singkat untuk kaya. Kenapa wanita yang kurang kasih sayang menjadi sasaran? Jawapannya sangat mudah cinta itu buta tidak perlu pening kepala memikirkan kenapa ini boleh berlaku. Manusia bernama perempuan kat Malaysia ini sebenarnya agak unik mereka tidak pernah serik jauh sekali putus asa walau pun berbagai pendedahan telah dibuat masih ramai yang menjadi mangsa. Kerajaan sepatutnya sedar kemasukan pelajar dan pelancong Afrika sebenarnya membawa banyak implikasi buruk. Sangat tidak logik warga Afrika berumur 40 tahun datang ke negara ini untuk menyambung pengajian peringkat diploma. Sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam isu ini ialah pengurusan kolej swasta yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata mereka tanpa mengambil tahu latar belakang pemohon dengan mudah megeluarkan pas pelajar yang merupakan lesen bagi warga Afrika untuk tinggal di negara ini. Tiada apa yang pelik sebenarnya kat Malaysia ni, sebelum ini kita pernah menjemput Presiden Zimbabwe Robert Mugabe datang ke negara kita untuk satu dialog ekonomi, amat tidak masuk akal Zimbabwe sendiri tidak mampu menguruskan negara mereka dan untuk pengetahuan semua kalau tidak silap indeks inflasi di Zimbabwe ialah 1 000 000 peratus apa bangangnya kita hendak kongsi sesuatu dengan mereka.

Education must provide the opportunities for self-fulfillment; it can at best provide a rich and challenging environment for the individual to explore, in his own way. Noam Chomsky




Siti Aisyah Ma Hussin is sharing their Trip to Kota Bharu with you



BlackBerry® Travel

Hello Blogger,
I'm using BlackBerry Travel to manage my travel plans for
my Trip to Kota Bharu, and would like to share my itinerary with you.
 Flights
Flight MH 1402, Kuala Lumpur to Kota Bharu
Departure:  KUL, Dec 23 2011 06:25 PM
Arrival:  KBR, Dec 23 2011 07:20 PM
Flight FY 2071, Kota Bharu to Kuala Lumpur
Departure:  KBR, Dec 27 2011 09:45 PM
Arrival:  SZB, Dec 27 2011 10:50 PM
Best Regards,

Siti Aisyah

Generated by BlackBerry Travel
Copyright © 2011 Research In Motion Limited, All rights reserved


Saturday, December 24, 2011

Kerja dan Bekerja


     Dalam masa lebih kurang seminggu lagi kita akan menghadapi tahun baru 2012 kalau ikut kalendar orang putih, dan dalam orang sibuk bercakap pasal akhir tahun ini bagi mereka yang bekerja adalah satu kemestian untuk bercakap pasal bonus. Majoriti kebanyakan majikan biasanya akan mula memberi bonus pada hujung tahun namun ada sesetengah majikan yang yang beri bonus pada awal tahun dan ada juga pada tengah tahun, kita bercakap tentang majoriti walau pun kadang-kadang majoriti ini hanya dipisahkan dengan satu perbezaan dan ia tetap dikira majoriti. Pemberian bonus kalau diikutkan memang merupakan motivasi besar bagi setiap kaum pekerja bagi yang mendapat durian runtuh bonus 10 bulan misalnya pasti satu hadiah yang bermakna untuk sambut tahun baru manakala bagi yang tidak bernasib baik hanya mendapat 1 atau 2 bulan tidak perlu mempertikaikan kerana rezeki memang telah ditentukan. 
     Kerja di bumi Malaysia ini kalau ikut kata Menteri Sumber Manusia masih mampu menampung kehendak pasaran tapi yang menjadi masalah ialah rakyat Malaysia terlalu memilih kerja bagi aku kenyataan ini ada betul dan ada tidak. Apabila bekerja kita akan mengharapkan untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan, bagi majikan pula tiada lain yang lebih diutamakan kecuali keuntungan bila ini berlaku ia akan mewujudkan persaingan yang kadang-kadang sihat tapi kebanyakan tidak sihat. Setiap orang tidak pernah tidak menghadapi masalah dalam kerja cuma masalah itu kecil atau besar bergantung kepada individu itu sendiri untuk menyelesaikannya. Orang baik seperti Hassan Ali dan Nasharudin sendiri ada masalah dalam kerja inikan pula manusia biasa, memang sifat manusia tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada dan kadang-kadang tidak boleh terima kenyataan bila terkena kepada diri sendiri.
Selamat menyambut Hari Natal kepada mereka yang meraikan.
 
No individual gets up and says, I'm going to take this because I want it. He'd say, I'm going to take it because it really belongs to me and it would be better for everyone if I had it. It's true of children fighting over toys. And it's true of governments going to war. Nobody is ever involved in an aggressive war; it's always a defensive war -- on both sides. Noam Chomsky

Boarding Pass.

Monday, December 19, 2011

Siti Aisyah Ma Hussin is sharing their Trip to Kota Bharu with you





BlackBerry® Travel

Hello Blogger,
I'm using BlackBerry Travel to manage my travel plans for
my Trip to Kota Bharu, and would like to share my itinerary with you.
 Flights
Flight MH 1402, Kuala Lumpur to Kota Bharu
Departure:  KUL, Dec 23 2011 06:25 PM
Arrival:  KBR, Dec 23 2011 07:20 PM
Best Regards,

Siti Aisyah

Generated by BlackBerry Travel
Copyright © 2011 Research In Motion Limited, All rights reserved


BERRY link

Related Posts with Thumbnails