Monday, November 14, 2011

#1 : (untitled)

SPM Bahagian 1

------------------------

Demi menepati janji, cerita aku tak pandai menulis aku letak belakang. Entri ini adalah sempena peperiksaan. yang boleh diumpamakan sebagai perjuangan hidup mati bagi mereka yag bergelar pelajar sekolah iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM telah bermula hari ini 14 Nov dan akan berakhir pada 14 Dis 2011. Ketaksuban dan kengerian SPM ini memang terbukti kerana setiap tahun pasti ada khabar angin dari soalan bocor hinggalah ada yang membunuh diri sebab gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Ya bunuh diri! Kenapa orang sanggup buat kerja bodoh ini demi SPM?
Seperti yang kita tahu di Malaysia kamu akan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. SPM ni memang ada prestij dia sendiri keputusan peperiksaan yang baik bermakna kamu mempunyai masa depan yang cerah berbanding rakan kamu yang hanya lulus cukup-cukup makan. Kenapa aku cakap begitu?
Dengan keputusan peperiksaan SPM yg baik kamu berhak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana sahaja yang kamu suka begitu juga dengan pilihan kursus dan sedikit bonus kamu juga mungkin menjadi idaman gadis-gadis cantik.
Bagaimana pula nasib rakan-rakan yg tidak secemerlang kamu? Mereka ini semua akan memenuhi tempat-tempat pengajian yang pelbagai sama ada milik kerajaan atau swasta atau bagi yang ingin lebih bebas mereka boleh mula mencari kerja di samping ramai juga yang memilih untuk menghabiskan duit mak bapak.

Kalau ada idea aku sambung bahagian 2 nanti. Selamat berjaya kepada calon-calon SPM 2011, dengar cerita soalan Bahasa Melayu Kertas 1 pagi tadi senang betul ke?.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

here some bla bla bla for u...

BERRY link

Related Posts with Thumbnails