Sunday, December 25, 2011

Direct selling a.k.a Jualan langsung bukan MLM

Selamat menyambut hari Natal, tahun 2011 yang membawa seribu pengertian kepada mereka-mereka yang suka mengforward  macam-macam tentang hari Natal  ini.
Bukan nak cerita pasal HAI-O atau pasal Lempe Berger dan macam-macam lagi, saja nak cerita tentang strategi jualan langsung dari rumah ke rumah dengan membawa produk yang memang berkualiti tinggi dan susah nak dijumpai kat Tanah Melayu ni termasuk dalam e-bay atau mudah.my. Sedang aku dok melepak kat kedai kopi di kampung tiba-tiba datang seseorang memberi salam dan memberitahu tujuan dia datang adalah untuk menjual keropok. Apabila salah seorang kawan aku mengatakan yang dia baru sahaja membeli keropok sebentar tadi penjual keropok tu mengatakan niat beliau bukanlah mahu menjual keropok sebenarnya tetapi beliau mahu mencari duit untuk membiayai pengajian anak beliau di negara Mesir. Lagak seperti Prof Agus dalam rancangan Hujah penjual tadi memberitahu senario politik di negara Mesir, beliau memberitahu isterinya di rumah begitu bimbang akan situasi anak mereka di negara Mesir tersebut, kawan aku senyum je sambil dengar aku tengok macam simpati pun ada. Dalam hati aku mahu saja aku tanya penjual tu kat universiti mana anak penjual tu belajar nak suruh dia contact orang kat kedutaan senang sikit tahu status anak dia kalau tak pun orang kat kedutaan tu pun sibuk main facebook jugak. Kawan aku tetap juga dengan kenyataan dia tadi, keropok dia sudah beli, penjual tadi mengucapkan terima kasih. Selepas penjual keropok direct selling tu beransur kawan aku cakap semalam 2 orang datang jual keropok dan bagi alasan nak kumpul duit untuk anak mereka kat Mesir jugak. Celaka, jual keropok pun nak kait pasal isu-isu semasa jugak ke? Ingatkan budak-budak yang nak periksa SPM je yang kena alert dengan isu-isu semasa ni.



No comments:

Post a Comment

here some bla bla bla for u...

BERRY link

Related Posts with Thumbnails