Kalau mengikut perkiraan mudah
dalam masa lebih kurang 8 tahun lagi Malaysia akan mencapai status
negara maju iaitu tahun 2020, dalam masa yang sama tinggal beberapa jam
lagi seluruh dunia akan menyambut tahun 2012 tidak terkecuali Malaysia
dan seperti kelaziman sebelum kedatangan tahun baru 2012 kita akan
mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Sepanjang 365
hari kita berada di tahun 2011 bermacam-macam peristiwa menarik berlaku
dan tidak kurang juga peristiwa melucukan. Tahun 2011 kita dapat
menyaksikan kebangkitan pemuda-pemuda seluruh Arab mengadakan
demonstrasi atau Arab Spring menentang kerajaan yang dikatakan
tidak adil. Kesan dari itu kita dapat lihat banyak negara Arab masih
bergolak hingga kini dan pastinya apa yang lebih besar ialah kemampuan
rakyat Libya menentang dan menyebabkan kematian Presiden mereka Muammar
Gaddafi selepas 4 dekad berkuasa. Jika di negara Arab dan Afrika rakyat
berdemo kerana menentang pemimpin yang korup di negara maju pula
seperti di US dan Eropah rakyat berdemo kerana menetang kapitalis yang
menguasai ekonomi dunia menyebabkan kos hidup rakyat marhaen meningkat
di samping ramai yang menjadi penganggur kesan kegawatan ekonomi.
Selain itu pada tahun 2011 kita dikejutkan dengan berita pembunuhan
beramai-ramai di Norway oleh pelampau agama Kristian yang mana sebelum
ini banyak pihak menuding jari kepada pengganas Muslim yang
bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut.
Tahun 2011 memberikan impak besar
kepada Asia, keupayaan China muncul sebagai kuasa ekonomi dunia
mengatasi Jepun dan hanya sedikit jurang dengan US adalah satu berita
menggembirakan. Dalam kegembiraan itu Asia dikejutkan pula dengan
kejadian gempa bumi di Jepun yang mengorbankan beribu-ribu nyawa dan
apa yang lebih menakutkan ialah kesan gempa bumi tersebut menyebabkan
reaktor nuklear di Fukushima mengalami kebocoran, ini berlaku kerana
Jepun telah gagal untuk mengaplikasikan Teknologi Hijau dan mengabaikan
penjagaan alam sekitar kalau mengikut komen Wanita Pertama. Tidak
dilupakan kepada penggemar gajet keluaran syarikat buah-buahan Apple kematian Steve Job CEO merangkap pengasas Apple adalah satu kehilangan besar kepada tamadun dunia.
Malaysia sendiri sepanjang tahun 2011
pelbagai peristiwa penting berlaku dari kes pembunuhan jutawan
kosmetik, peristiwa artis kahwin VIP tidak lupa juga isu lembu tinggal
di kondo dan peristiwa penangkapan Khir Toyo kerana kepandaian beliau
membuat tawar-menawar pembelian tanah.
Intihanya kedatangan tahun 2012 bukanlah bermaksud konsert dan pertunjukkan bunga api percuma, kedatangan tahun 2012 adalah bermaksud cabaran yang lebih besar bakal menjelma bagi aku.
Selamat Tahun Baru..
No comments:
Post a Comment
here some bla bla bla for u...