Dalam masa lebih kurang seminggu lagi kita akan menghadapi tahun baru 2012 kalau ikut kalendar orang putih, dan dalam orang sibuk bercakap pasal akhir tahun ini bagi mereka yang bekerja adalah satu kemestian untuk bercakap pasal bonus. Majoriti kebanyakan majikan biasanya akan mula memberi bonus pada hujung tahun namun ada sesetengah majikan yang yang beri bonus pada awal tahun dan ada juga pada tengah tahun, kita bercakap tentang majoriti walau pun kadang-kadang majoriti ini hanya dipisahkan dengan satu perbezaan dan ia tetap dikira majoriti. Pemberian bonus kalau diikutkan memang merupakan motivasi besar bagi setiap kaum pekerja bagi yang mendapat durian runtuh bonus 10 bulan misalnya pasti satu hadiah yang bermakna untuk sambut tahun baru manakala bagi yang tidak bernasib baik hanya mendapat 1 atau 2 bulan tidak perlu mempertikaikan kerana rezeki memang telah ditentukan.
Kerja di bumi Malaysia ini kalau ikut kata Menteri Sumber Manusia masih mampu menampung kehendak pasaran tapi yang menjadi masalah ialah rakyat Malaysia terlalu memilih kerja bagi aku kenyataan ini ada betul dan ada tidak. Apabila bekerja kita akan mengharapkan untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan, bagi majikan pula tiada lain yang lebih diutamakan kecuali keuntungan bila ini berlaku ia akan mewujudkan persaingan yang kadang-kadang sihat tapi kebanyakan tidak sihat. Setiap orang tidak pernah tidak menghadapi masalah dalam kerja cuma masalah itu kecil atau besar bergantung kepada individu itu sendiri untuk menyelesaikannya. Orang baik seperti Hassan Ali dan Nasharudin sendiri ada masalah dalam kerja inikan pula manusia biasa, memang sifat manusia tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada dan kadang-kadang tidak boleh terima kenyataan bila terkena kepada diri sendiri.
Selamat menyambut Hari Natal kepada mereka yang meraikan.
No comments:
Post a Comment
here some bla bla bla for u...