Sunday, December 25, 2011

Perihal Pelajar Afrika dan Nigeria

     Menyingkap kembali sejarah kedatangan besar-besaran orang Afrika kat negara Malaysia ini ia bermula selepas Perdana Menteri Malaysia yang dulu  mengadakan kerjasama dengan negara Afrika. Kerjasama yang dimaksudkan ialah kerjasama dari segi pertukaran teknologi dan juga peluang pelaburan diantara kedua-dua pihak. Kesan dari itu apa yang kita lihat hari ini semakin ramai warga Afrika datang ke sini atas tiket belajar. Tidak salah sekiranya semua warga Afrika yang datang ke negara ini untuk belajar tetapi kesan kebanjiran mereka ini telah mengubah sosio budaya masyarakat tempatan terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan warga Afrika. Umumnya di Afrika sendiri beberapa buah negara Afrika mengadakan saringan yang ketat kemasukan pelancong dari Nigeria, kenapa ini berlaku? Negara Afrika sendiri sebenarnya sedar ancaman yang di bawa oleh warga Nigeria ini, mereka bukan hanya datang ke sesebuah negara semata-mata untuk melancong tetapi ada tujuan lain. Malaysia bukan negara pertama menjadi tumpuan mereka sebelum ini warga Afrika pernah menjadikan Amerika dan juga Amerika Selatan sebagai tempat menjalankan operasi mereka disebabkan kegiatan mereka telah dihidu di sana mereka mengalihkan tumpuan ke negara Asia pula.
Modus operandi golongan ini sangat mudah mencari mana-mana golongan wanita yang kurang kasih sayang dan ahli perniagaan yang mencari jalan singkat untuk kaya. Kenapa wanita yang kurang kasih sayang menjadi sasaran? Jawapannya sangat mudah cinta itu buta tidak perlu pening kepala memikirkan kenapa ini boleh berlaku. Manusia bernama perempuan kat Malaysia ini sebenarnya agak unik mereka tidak pernah serik jauh sekali putus asa walau pun berbagai pendedahan telah dibuat masih ramai yang menjadi mangsa. Kerajaan sepatutnya sedar kemasukan pelajar dan pelancong Afrika sebenarnya membawa banyak implikasi buruk. Sangat tidak logik warga Afrika berumur 40 tahun datang ke negara ini untuk menyambung pengajian peringkat diploma. Sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam isu ini ialah pengurusan kolej swasta yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata mereka tanpa mengambil tahu latar belakang pemohon dengan mudah megeluarkan pas pelajar yang merupakan lesen bagi warga Afrika untuk tinggal di negara ini. Tiada apa yang pelik sebenarnya kat Malaysia ni, sebelum ini kita pernah menjemput Presiden Zimbabwe Robert Mugabe datang ke negara kita untuk satu dialog ekonomi, amat tidak masuk akal Zimbabwe sendiri tidak mampu menguruskan negara mereka dan untuk pengetahuan semua kalau tidak silap indeks inflasi di Zimbabwe ialah 1 000 000 peratus apa bangangnya kita hendak kongsi sesuatu dengan mereka.

Education must provide the opportunities for self-fulfillment; it can at best provide a rich and challenging environment for the individual to explore, in his own way. Noam Chomsky




No comments:

Post a Comment

here some bla bla bla for u...

BERRY link

Related Posts with Thumbnails